cute

March 1, 2014

Infused Water



Ha! Apa water? Apa tu? Pernah minum dan buat Infused Water? 
Apa kelebihan minum Infused Water ni? Senang cerita... 
  • Kita minum air
  • Kita mengambil semua vitamin dari buah-buahan yang direndam dalam air
  • Tidak melibatkan sebarang pemanis tiruan, pewarna, bahan pengawet atau apa-apa sahaja bahan kimia.
  • Membantu proses detoksifikasi tenaga dan penghidratan badan kita
  • Kitar semula buah-buahan yang direndam beberapa kali, jimat kan?

Cara nak buat? Mudah je, letak sebanyak mana buah-buahan kita suka kedalam air dan biarkannya selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum diminum. Infused water ni kita boleh tambah air banyak kali tapi pastikan ia tidak di simpan lebih dari 48 jam.

Selain daripada infused water menggunakan satu jenis buah-buahan sahaja, kita boleh gabungan beberapa bahan (buah-buahan dan daun) untuk tingkatkan khasiatnya. Contoh kombinasi bahan dalam infused water yang baik adalah :

(1) Teh hijau, pudina, limau ---- pembakaran lemak, penghadaman, sakit kepala, kesesakan dan penyegaran nafas

(2) Strawberri, kiwi ----- kesihatan kardiovaskular, perlindungan sistem imun, peredaran gula darah, penghadaman

(3) Timun, limau, lemon ---- pengurusan berat air, kembung, mengawal selera makan, penghidratan, penghadaman

(4) Lemon, limau, oren ----- pencernaan vitamin C, pertahanan imun, pedih hulu hati, (minumnya pada suhu bilik)


Info dr blog org, aku tau korg malas nk google lg so aku copy n paste je hehe 
So apa lg rajin2 la menginfused water lepas ni. 


Ini hasil yg aku buat sendiri 

No comments:

Post a Comment